Thursday, November 3, 2011

Silibus pelajaran aku

Akhirnya, buku dah penuh. Dah khatam dah pun. Rasa teruja je aku. Hehe. Skang ni, dok belek buku Manik lak utk belajar jahit manik yg lain. Tp belajar sendiri lah kan. Rasanya, bila asas tu dah tau, InsyaAllah, tgk buku dah buleh belajar sendiri wat jenis jahitan manik yg lain.

Dari 1st day aku blaja sampai lah hari aku grad (ceh wah... GRAD tu.... hehe!), aku ada diajar sebanyak 20 jenis jahitan/silibus pelajaran. Nak tau apa dia? Okay aku beritahu tapi maaflah ek, aku malas sertakan gambar.. malas nak crop/label. hua hua hua...
  1. Manik Beriring (single layer)
  2. Manik Beriring (Double layer)
  3. Bunga kekwa
  4. Bunga Bintang
  5. Mutiara Beriring
  6. Daun lintang 2 belah
  7. Sisik ikan
  8. Daun stamp
  9. Bunga Dahlia
  10. Teratai
  11. Tocang
  12. Jelujur
  13. Berry
  14. Labuci bersayap
  15. Baby lily
  16. Cendawan
  17. Manik 3 Serangkai
  18. Hybrid
  19. Jelujur
  20. Deretan Labuci
Lepas tu, aku ada belajar buat bunga 3D.. ni takde dlm silibus pelajaran aku pun. Kebetulan sehari sebelum tamat kelas, aku ikot cikgu g jupe hakak dia. Dia tengah jahit baju yg org tempah. Dan dia ada cipta rekaan baru iaitu bunga 3D.. terus dia ajar aku. :) so kiranya aku dpt satu bonus la nih! bunga tu cantik, tp aku still tak siapkan bunga tu lg.

So hari ni, aku nak try siapkan baju raya aku. Hehe.. skang ni balik umah, mmg tak dpt nak ngadap jahitan sampai umah dah malam. Tp takpe lah. Stakat baju raya aku je pun. Kalo tak siap, pakai je lah baju raya yg lain. Bukan takde baju lain kan....
Nanti kalo dah siap, aku tunjuk kat sini ye.. hehe...daaaaaaa...

No comments:

Post a Comment