Thursday, December 1, 2011

Shantek tak??

Alhamdulillah, akhirnya... siap jugak jahitan manik ni..
Rasa lebih bersemangat utk menghasilkan jahitan manik yg lain
dan sekarang aku ada dua corak jahitan baru yg aku create sndr.
Nnt aku test wat kat baju dan lihat samada corak tu boleh diguna pakai.
Jika menjadi, aku akan tepek kat sini..
Mgkn ada pendapat jahitan aku ni tak lah sebagus mana..
Tapi aku tetap berbangga sbb ini adalah jahitan pertama aku yg penuh dengan bunga..
berbanding jahitan manik beriring yg penah aku jahitkan dulu...
Ada yang berminat nak tempah? hehehehe....


Friday, November 11, 2011

Cabaran menjahit manik atas baju sendiri

 Baju yang masih tak siap2 dijahit. Haha.. Tp by this wiken, InsyaAllah.. munge2 tu akan siap. Kemudian dah siap munge utama tu, baru leh wat jahitan jelujur dan manik terabur.
Mula2 ni mmg lah, lembab sket nak menjahit. Maklumlah, jahit atas kain kecik lain, jahit atas baju sebenar lain. Lebih mencabar lagi atas baju. Tapi aku ttp takkan putus asa. Nnt kita tgk hasilnya k?
 
Bekas jahitan yg diusung kehulu kehilir. Comel kan? Suka suka suka..

ps : Nampak senang je munge tu.. tp bila wat yg besar gedabak cenggitu, mmg naik juling mata n amek masa sket...

Thursday, November 3, 2011

Silibus pelajaran aku

Akhirnya, buku dah penuh. Dah khatam dah pun. Rasa teruja je aku. Hehe. Skang ni, dok belek buku Manik lak utk belajar jahit manik yg lain. Tp belajar sendiri lah kan. Rasanya, bila asas tu dah tau, InsyaAllah, tgk buku dah buleh belajar sendiri wat jenis jahitan manik yg lain.

Dari 1st day aku blaja sampai lah hari aku grad (ceh wah... GRAD tu.... hehe!), aku ada diajar sebanyak 20 jenis jahitan/silibus pelajaran. Nak tau apa dia? Okay aku beritahu tapi maaflah ek, aku malas sertakan gambar.. malas nak crop/label. hua hua hua...
  1. Manik Beriring (single layer)
  2. Manik Beriring (Double layer)
  3. Bunga kekwa
  4. Bunga Bintang
  5. Mutiara Beriring
  6. Daun lintang 2 belah
  7. Sisik ikan
  8. Daun stamp
  9. Bunga Dahlia
  10. Teratai
  11. Tocang
  12. Jelujur
  13. Berry
  14. Labuci bersayap
  15. Baby lily
  16. Cendawan
  17. Manik 3 Serangkai
  18. Hybrid
  19. Jelujur
  20. Deretan Labuci
Lepas tu, aku ada belajar buat bunga 3D.. ni takde dlm silibus pelajaran aku pun. Kebetulan sehari sebelum tamat kelas, aku ikot cikgu g jupe hakak dia. Dia tengah jahit baju yg org tempah. Dan dia ada cipta rekaan baru iaitu bunga 3D.. terus dia ajar aku. :) so kiranya aku dpt satu bonus la nih! bunga tu cantik, tp aku still tak siapkan bunga tu lg.

So hari ni, aku nak try siapkan baju raya aku. Hehe.. skang ni balik umah, mmg tak dpt nak ngadap jahitan sampai umah dah malam. Tp takpe lah. Stakat baju raya aku je pun. Kalo tak siap, pakai je lah baju raya yg lain. Bukan takde baju lain kan....
Nanti kalo dah siap, aku tunjuk kat sini ye.. hehe...daaaaaaa...

Tuesday, November 1, 2011

Grad Kelas Jahitan Manik

1.11.11
Cantik bukan angka tu?
Dan lebih menarik lagi, pada tarikh inilah, aku GRAD kelas menjahit manik..
Alhamdulillah...
HOoooreyYYyyyyyYYyyyy!


Ps : Nnt aku update jenis2 jahitan yang aku pelajari tapi tak sempat lagi wat N3 kat sini... hehe

Bunga Daun - My own creativity design

Salam.
Masa sedikit terbatas menyebabkan aku tak dpt nak mengupdate blog ni sekerap mungkin. Byk benda yg dah aku pelajari tapi sampai ari ni aku still tak dapat nak kongsi smua tu kat sini.
Nanti2 lah rasanya aku update itu semua disini.

Tapi ari ni aku nak tunjuk sesuatu. Nampak dua gambar dibawah ni? Korang rasa apa tu?

Ok, meh aku citerkan sket kat sini. Ini sebenarnya tudung aku. Agak jarang aku pakai tudung ni sbb eksesori pada tudung ni kebanyakkannya dah tercabut dan hilang. So mmg akan jelas kelihatan gam2 yang sangat tebal pada tudung ni sbb eksesori tersebut hanya dilekatkan. Mmg tak kuat.
Bila eksesori nya hilang, otomatik, bercinta lah nak pakai tudung ni.. sbb to me, ia nampak kurang menarik. Disebabkan hari ni baju kurung yang aku pakai memerlukan aku pakai tudung warna ni, so aku dok terpk, camna nak elakkan dari mendengar kata 'PEMALAS BETUL DIA NI. TUDUNG DAH TERCABUT2 TU YG DIA NAK PAKAI. AWAK TU SEKSATERI..TP SELEBET'.. hehe..
Seyes, aku tak kisah pun org nak kata apa.. lantak p lah dia kan. Tapi tengah2 gosok tudung tu, tiba2 datang lak idea utk mempraktikkan apa yg aku pelajari sblm ni. Ingat nak jahit sisik ikan ke... jahit manik ke.. labuci ke.. kat tmpt kesan gam tu... Tp tiba2 terpk utk gunakan labuci daun dan manik utk menghasilkan corak bunga cenggini.
Aku memang tak penah belajar utk menghasilkan jahitan labuci daun dan manik ni.. rsnya takde dlm silibus pelajaran aku lagi pun... tapi alhamdulillah, tetiba Allah anugerahkan rasa creative tu kat aku.
Walaupun ia simple dan kurang menarik, but hey.... at least, aku dapat menghasilkan sesuatu kan?
So lepas ni, aku leh gunakan tudung ni tanpa rasa berat ati lagi.. hehehe...

ps: Syukur sgt Allah bukakan pintu ati aku utk belajar menjahit ni.. Ilmu itu sentiasa berguna kan??

Monday, October 24, 2011

Kisah jahitan

Salam.
Pelajaran semakin tough... Pelbagai jenis jahitan yang dah diajar. Bunga teratai, bunga baby lily, jahitan bersayap, buah dan pelbagai lagi... aku pun dah tak hengat nama jahitan tu. Tunggu cikgu bawak buku esok.. leh la aku fotostate.... Nanti cikgu tag stiap jahitan yg diajar, aku akan update kat sini.

Esok aku kena bawak baju. Cikgu nak soh aku jahit terus kat baju. Entah camna lah gamaknya nanti tu... hehehe.. doakan aku berjaya ye.. hehe...

ps: dah ada org nak tempah buat manik ni.. camna? takot lak nak tima.. huhuhu...

Thursday, October 20, 2011

My Unique 'Book'

Ape ni? cuba teka...tekalah...
okay..biar aku bgtau...
Ini adalah 'BUKU' aku. Unik kan?
Nanti dah khatam belajar, 'buku' ni lah aku akan simpan dan jadikan bahan rujukan.
Untuk latihan pula, baju aku sendiri akan jadi 'buku latihan' untuk memahirkan apa yg dah aku belajar...
Dah tua2 ni plak sibuk nak blaja itu ini.. hehe..
Tapi takpe, sbb apa ilmu skali pun yg kita belajar, ia takkan hilang.
Malah kalau kita tau macamana nak manfaatkan ilmu yg ada, pasti kita akan berjaya suatu hari nnt.
Mgkn org kata, alar...setakat belajar manik.. apa lah sgt....
bagi aku, itu kata2 orang yang berfikiran negative.
Cuba pk positive sket.. pandang jauh ke depan.
Sure orang itu akan tahu apa maksud aku...

ps : Masih teringin utk menyambung pelajaran dalam bidang akademik. Tapi bukan sekarang. Suatu hari nanti. Selagi nafas ini masih ada.. selagi itu kita boleh menimba ilmu dan sambung apa yg terhenti...


Ulangkaji pelajaran..Ngeh3x!

Jom ulangkaji pelajaran.. ekekekeh...
cuba mengingati jenis jahitan...
Yang belah kanan tu jahitan pertama yg aku buat... Manik Beriring.
Yang belah kiri tu jahitan kedua yg aku belajar -  Manik Beriring double layer
Yang ini yg ketiga aku belajar - Bunga Bintang
Seterusnya aku belajar buat yang tengah2 tu.. Mutiara berantai.
Yang ini pula Bunga Kekwa...
Dan semalam aku belajar pula Jahitan Sisik Ikan nih
Hari ni plak aku belajar buat Daun 3D..

Best tak?
Kowang kalo ada masa lapang belajar lah.. seronok tau.
Aku dari tak suka, buleh jadi suka...
seyes best tau..
Cikgu aku kata pas ni ada a few bunga lagi yang aku kena blaja...
tak sabar weh!

ps : Tak cuba kita tak tau kan..

SISIK IKAN, DAUN

Salam.
Hari ni kelas bersambung seperti biasa. Yang luar dari kebiasaan, ari nih ramai lak tukang tengok aku dan nana menjahit. hehe..kekok sket plak rasa.. mcm kat kelas Kemas zaman 70an dulu utk suri rumahtangga belajar menjahit. Ngeh3x..

Ok, sebelum aku melalut lebih jauh... hari ni aku menyiapkan jahitan SISIK IKAN dan juga belajar bagaimana hendak membuat DAUN.
SISIK IKAN.
 half way. Gambar smalam.
 Dah siap. Shantek tak?
 Pandangan tepi.

DAUN.
mudah rupanya membuat daun ni. Kiraan manik ada 5 dan ulangan. Jahit seperti manik beriring tapi yang bezanya pada manik ketiga, manik dijahit merentasi dlm manik. Korang paham? kalo tak paham, takpe.. asalkan aku paham.. ehehee..
maka ini lah hasilnya....
Kebiasaan manik dijahit menggunakan warna manik yg sama. Tp yang ini style ala2 3D gitu... hehe..
Cantik tak?

ps : Semakin seronok dan seronok dengan hobi baru..

Wednesday, October 19, 2011

Jahitan Sisik Ikan

Salam.
Hari ni satu cabaran baru.
Belajar membuat jahitan sisik ikan. Nampak senang, tp seyes, aku teramat terkial2 menjahit tadi. Sambil disaksikan oleh 2 orang penonton yang teringin tgk aku menjahit. ah! malunya mokcik weh.....

Jahitan sisik ikan itu dijahit dengan menggunakan labuci. Telentang, telangkup (layer pertama). Telentang, telangkup, telangkup (layer kedua).
(gambar xleh nak tepek sini lagi sbb jahitan tu tak siap lagi..)

Oleh kerana kelas start lambat tadi, 1/2 jam sahaja dapat dimanafaatkan oleh aku utk belajar. Takpe lah, pelan2 kayuh.. tak lari gunung dikejar.

Oh ya, btw, ari nih Nana hari pertama Nana join kelas menjahit manik.. sukanya... dah ada geng!

ps : Carik masa utk habiskan jahitan layer kedua. Tak sabar nak tau rupa camna utk layer ketiga dan seterusnya... dan sudah tentu paling tak sabar nak tgk hasilnya!

Tuesday, October 18, 2011

Ini bunga kekwa saya

Pandangan dekat
Pandangan jauh
Alhamdulillah.. finally berjaya jugak aku wat Bunga Kekwa ni... suka rasanya bila berjaya buat bunga ni sementara incik boss g meeting.. ekekekeh....
tunjuk kat cikgu..cikgu kata
'Ko mmg dah pandai jahit manik ek Tie.. ko tipu aku ni..'
aku tergelak....
'mana ada la Li... aku tak reti lgsg menjahit.. ko ajar aku cenggini tadi.. aku ikot lah yg ko ajar...jadi ke?'
tau cikgu jawab apa?
'Jadi ler siot.. cantik...kemas je....'
Tersengeh aku sorang2.. brutal cikgu aku ni..haha..

ps : Nak cuba buat lagi.. jadi sama tak camni... harap2 jadilah!                   

Kelas bersambung.. Oh yeah!

Salam.
Hari ni kelas manik yg hampir seminggu tergendala, bersambung smula.
oh btw, sblm aku citer pasal kelas tu, aku nak bgtau... ari nih aku pakai baju kurung yang dah aku siap jahit maniknya... hehe.. dan alhamdulillah... dpt feedback positive dari cikgu dan kawan2 opis yg lain. Cantik dan kemas katanya... pastu dorang kata aku fast learner student.. wahwahwah gitu katanya. Ye lah, bagi org yg tak reti menjahit dan suatu ketika sgt2 menyampah dengan jahitan ni kan... consider terer ar kan... walhal jahit manik beriring je pun...hahaha... ok ok sblm aku menjadi spesis manusia yg riak.. kita tukar citer ye..hehe... astagfirullah al'azim....

Ok.. jahitan yang aku belajar ari ni ada 2...

1. Mutiara berantai
(yg aku bulatkan tu tau)

2. Bunga kekwa
(ni tak siap lagi nih... nnt dah siap, aku akan tepek kan kat N3 baru..hehe)

Mutiara berantai ni dijahit kat tengah2 bunga bintang.. jahitan nampak rumit, tapi sebenarnya mudah ajerk... Mutiara besar sebijik dan mutiara kecik 9 biji atau lebih. Depends on bunga. Cikgu aku kata mutiara berantai ni buleh dipelbagaikan dan disesuaikan dengan pelbagai corak.. so, nnt ada masa aku nak cuba my own design.. hehe..

Manakala bunga kekwa pulak, cikgu ajar menyusun labuci secara telentang, menangkup, menangkup, manik seketul, pastu susun smula labuci secara telentang, menagkup, menangkup. Kemudian jahit dengan cara masuk pukul 6 dan keluar pukul 1. Kowang paham? aku mula2 pun naik juling mata.. apatah lagi nak paham.. tp lama2 paham lah.. cuma tang nak jahit tu, memula tu aku gegel sket.... asik salah je.. rasa nak marah pun ada... bukan kat cikgu.. kat diri sendiri sbb bengap sgt... ekekeeh.. tp alhamdulillah, lama2 dapat jugak....
Petang ni ingat nak wat latihan... cikgu dah bekalkan labuci dan manik baru ari nih...
dah terer nanti, leh cuba kat baju sendirik kan....kan .... kan......

ps : dok imagine baju aku yg mana nak dijadikan mangsa lepas nih.. ngeh3x!

Sunday, October 16, 2011

dable or single layer??

Baru je sempat menghabiskan tang leher. Tgh dok pk nak buat dable layer or single layer je.. OR triple layer? ekekeke.. tetiba cam tamak pulak... 
tapi melihatkan manik.. mcm tak cukup je.. takpelah, akan ku usahakan supaya baju ni nampak lebih menarik dan lebih meriah dengan manik..ekekekek...
yelah, kat baju sendiri je pun nak test itu ini... 
takkan nak wat kat baju orang lain.. jgn wat keje giler....!
esok nak siapkan tangannya plak.. kalo ada baki manik yang sama warna lagi.. baru leh tambah itu ini sket2.. kalo tak.. tgu lain kali jer lah kan...

ps:Tak suka tangguh2 keje.. tapi kalo dah barang tu tak cukup, takkan nak paksa diri kan?

Friday, October 14, 2011

Baju ke2 dah settle, skang ke3 pula...!

Salam.
Nampaknya, walaupun MC dan tak sihat,  tp alhamdulillah, aku masih bersemangat utk menghabiskan jahitan manik pada baju ini...
Ini gambar sebelum siap. Gambar dah siap, tak amek pun lagi. Malas pula nak amek n tepek kat sini.. hahaha.. buleh tak macam tu? Lgpun jahitan aku biasa2 je... mcm sebelum2 ni gak... maklumlah, student baru nak blaja menjahit kan.. entah bila lah nak cuba wat yang lagi menarik dari nih... tak sabar pulak nak sambung kelas senin ni nanti... 
Sekarang aku tengah jahit manik pada baju aku yg lain plak.. mmg sakit blakang n sakit paler ni sbb terlalu bagi tumpuan pada jahitan dan duduk lama sangat.. tp bila tgk hasilnya (walaupun hasil tak seberapa), tetapi tetap juga puas ati.. nnt dah blaja yg lain, just tambah2 lah kemudian kan... bukan tak leh pun...
oh ya, esok aku gi buat spek mata.... mata yang mula nak rabun ni, membuatkan aku smakin sakit paler nak2 bila terlalu focus menjahit... 
susah kan bila minat tu dah ada, tapi ada halangan pula..
takpe, stiap yang berlaku ada hikmahnya... 
dan aku pasti, lepas ni aku akan lebih terer dlm menjahit manik dan jahitan semakin kemas dengan adanya spek mata... leh tgk betul2 jahitan yang aku buat... kan kan kan?

ps: Nanti nak try wat Manik Bunga Bintang kat baju pulak....

Thursday, October 13, 2011

bila jahit manik kat baju sendiri...huhu!

Salam.
Minggu ni xde kelas sbb ms ari senin ngan selasa, aku ada kat kampung. Hari rabu pulak, aku request cikgu utk skip kelas sbb aku mmg totally tak larat. Tak sihat. Ingat nak sambung kelas hari ni.. tapi since aku tak sihat, pegi spital smalam, doctor bagi MC dua hari. Hari ni ngan esok. So kiranya sminggu ni aku mmg tak g kelas menjahit lgsg lah...
Tapi... bila tak g kelas bukan bermaksud aku tak buat latihan.
Aku buat latihan direct kat baju aku... haha... jadi ke tak jadi, gasak.
Bila dah siap, aku tunjukkan kat cikgu aku smalam..
cikgu kata shantek dan kemas.... haha...tetiba cam idong aku yg pesek lg kembang ni tak benti2 mengembang... haha... CUMA cikgu kata, kat bahagian ujung manik tu kena wat V shape.. aku g tau cikgu, aku bukan taknak wat V shape, tapi manik bulat tak cukup.. nak try wat design lain. Nanti ujung baju tu design nya still V shape... baru cikgu angguk2 faham..
dah siap nnt aku akan g cikgu tgk lagi..


okay tak? cakap la okay.. buleh buleh buleh? ekekekkekee....
aku amek masa sehari je jahit kat leher ngan tangan baju ni..
bila dah start menjahit ni... memang rasa mcm tak leh stop... addicted plak..ekekeke...
since manik bulat tak cukup, so aku ketepikan dulu sampai dapat beli manik bulat nnt...
pastu bila aku sampai je KL, aku sambung buat baju ni plak...
buat kejap je sbb lepas tu mata ngantuk...
Nanti pasni kalo dah sihat sket, aku nak sambung buat... leh pakai minggu depan. hehe...
Rasa cam seronok je bila dapat pakai hasil jahitan sendiri... seyes, tak rugi lah blaja jahit manik ni...
ni pun dah ada org nak tempah walaupun jahitan manik yg simple camni.. haha.. cuma aku je tak branik nak amek lagi... aku masih HIJAU lagi...baru dua ari masuk kelas... byk lg aku kena blaja.. utk baju sendiri buleh la... baju org lain, nnt2 dulu lah ye...

ps: tak sabar nak masuk kelas balik!

Friday, October 7, 2011

Kelas Jahit Manik : Day 2

Date : 7/10/2011
Time : 1.00 - 2.00pm

Hari ni kelas start tepat kol 1 tengahari.
Pelajaran hari ni cam susah sket.. walaupun hakikatnya tak ler susah mana..
yg betol nya paler ni je yg dah berkarat, ssh nak tima pelajaran. Hahaha..

Hari ni cikgu ajar 2 jenis jahitan manik iaitu
Manik Double Layer

dan jugak Manik Bunga Bintang. 

Cerewet gak yg Double layer ni... naik juling mata aku dibuatnya. Yang Manik Bunga Bintang pun mencabar minda.. err utk org tua yang jiwa muda cam aku la.. hahaha... orang yg muda jiwa muda mesti takde masalah...terkial2 buat hah.. petang nanti nak sambung buat.. nak siap kasi habes.
Makin lama makin asyik pulak melayan manik ni.. seronok jugak rupanya bila wat activiti nih senah..!

ps : tak sabar nak cuba jahit kat baju lak... (ada ati nak buat.. walhal bukan pandai sangat pun.. hahaha)

Homework

Petang semalam, tak jadi jugak buat kelas.
Aku yg request utk tak buat kelas sbb kesian plak ngan cikgu aku tu.. letih.
Tapi dia bagi 'homework'. hehe...
Lepas cikgu aku tu balik, aku dengan rajinnya wat ler homework tu.
Entah nape, asik tersilap buat je...bape kali kena bukak smula jahitan sampai tercucuk jarum tu kat jari aku.
Menjelang petang, Incik buchuk dah call kata dia dah nak sampai.
Homework tak siap lagi. Tak terpk plak nak bawak balik.
Pagi ni, sebelum waktu keje start, aku siapkan lah homework aku tu. Alhamdulillah, settle.
Hehehe...
Hari ni ada kelas dan cikgu nak perkenalkan jenis jahitan manik yg baru pula..
wah.. suka suka suka.
Btw, smalam ms tgh wat  homework, HOD HRA datang jupe incik boss. Pastu dia kuar, dia sempat nengok aku wat homework... pastu dia puji jahitan aku cantik dan kemas..tersipu2 aku malu..
Pastu Incik boss dengar rupanya, dia siap keluar tengok..
haha.. boss oo boss.. saya baru belajar.. jgn ler tgk buleh??
Tp incin boss pun kata jahitan aku cantik dan kemas... rajin katanya..haha..
aku senyum je lah walaupun muka aku dah blush... malu beb...
baru 1 hari blaja buat, rasa mcm tak layak nak dpt komen positif mcm ni.. (walaupun dlm ati suka..hehe)

ps : Petang ni nak carik manik, nak cuba jahit kat baju/tudung. Nanti kita tgk hasilnya sama2 ek?

Thursday, October 6, 2011

Kelas Ganti


HoOooOOoreYyyyyyy..!
Petang nanti ada kelas ganti..
hehehe...
Suka suka suka....

No Class Today :(

Date : 6/10/2011

No Class Today.
Teacher still in the middle of meeting.
but its ok.
Tomorrow never dies.. hehehe...

ps : Dapat makan maggi dengan Nana tadi. Nak join budak berdua kat bawah, dah agak terlewat sbb ms tu jam dah kol 1.30pm...

Kelas Jahit Manik - Day 1

Tarikh kelas : 5/10/2011
Waktu : 1.30 - 2.10 pm

Pelajaran :
  1. Mengetahui jenis jarum yang sesuai
  2. Tips untuk jahitan menjadi kuat dan kemas
  3. Cara untuk memilih manik
  4. Cara mematikan jahitan
  5. Tips memilih manik yg bersesuaian dengan baju
  6. Cara menjahit manik yang betul
  7. Belajar jahitan Manik Beriring
Untuk 1st day belajar ni, alhamdulillah.. walaupun mula2 tu mcm menggelabah tak hengat sebab tangan ni mmg keras.. tak berseni langsung.. hehe.. tapi lama2, boleh jugak.
Ada satu perasaan baru yang hadir dalam diri masa tu. Rasa seronok pula menjahit manik ni, walhal aku sebenarnya tak suka langsung menjahit!

Kalau nak baca lagi apa yg aku bebelkan smalam psl 1st day kelas aku ni, boleh lah uols Klik Sini

Dan persembahkan hasil jahitan manik beriring aku yang pertama :

Biasalah.. budak baru belajar... buruk sket jahitan tu.. tp takpe, lama2 nanti cantik tau... hehe..

ps : Cikgu kata aku dah boleh jahit untuk baju sendiri utk jahitan manik beriring ni.. sbb dah semakin kemas jahitan aku tu... oh yeah!....

Wednesday, October 5, 2011

Welcome to blog - Aku Murid TUA

Salam.
Selamat datang ke blog Aku Murid TUA...
Blog ni aku cipta sebab hari ni telah mencatat sejarah buat diri aku..
Sebab selepas beberapa tahun dan umur hampir mencecah 33 tahun tawon depan,  aku menjadi murid smula. Kiranya mcm citer Chow Sin Chi  dalam citer Fight Back To School tu lah.
Dah tua tapi masih nak belajar. Boleh?
Tentulah boleh....kan kan kan?
Ilmu boleh dituntut selagi ada hayat..tp make sure bukan ilmu yang salah ye...hehe...

Hari ni, kelas yang aku masuk bukan nya kelas untuk jangka masa yg panjang.. kejap je sebenarnya.
Tapi aku tetap nak create blog khas ni utk kelas aku.
Ada sapa2 nak marah?
Better jangan marah sebab aku tak kisah pun.. hehehe...
Ok lah, terima kasih sebab sudi singgah sini...