Friday, November 11, 2011

Cabaran menjahit manik atas baju sendiri

 Baju yang masih tak siap2 dijahit. Haha.. Tp by this wiken, InsyaAllah.. munge2 tu akan siap. Kemudian dah siap munge utama tu, baru leh wat jahitan jelujur dan manik terabur.
Mula2 ni mmg lah, lembab sket nak menjahit. Maklumlah, jahit atas kain kecik lain, jahit atas baju sebenar lain. Lebih mencabar lagi atas baju. Tapi aku ttp takkan putus asa. Nnt kita tgk hasilnya k?
 
Bekas jahitan yg diusung kehulu kehilir. Comel kan? Suka suka suka..

ps : Nampak senang je munge tu.. tp bila wat yg besar gedabak cenggitu, mmg naik juling mata n amek masa sket...

Thursday, November 3, 2011

Silibus pelajaran aku

Akhirnya, buku dah penuh. Dah khatam dah pun. Rasa teruja je aku. Hehe. Skang ni, dok belek buku Manik lak utk belajar jahit manik yg lain. Tp belajar sendiri lah kan. Rasanya, bila asas tu dah tau, InsyaAllah, tgk buku dah buleh belajar sendiri wat jenis jahitan manik yg lain.

Dari 1st day aku blaja sampai lah hari aku grad (ceh wah... GRAD tu.... hehe!), aku ada diajar sebanyak 20 jenis jahitan/silibus pelajaran. Nak tau apa dia? Okay aku beritahu tapi maaflah ek, aku malas sertakan gambar.. malas nak crop/label. hua hua hua...
  1. Manik Beriring (single layer)
  2. Manik Beriring (Double layer)
  3. Bunga kekwa
  4. Bunga Bintang
  5. Mutiara Beriring
  6. Daun lintang 2 belah
  7. Sisik ikan
  8. Daun stamp
  9. Bunga Dahlia
  10. Teratai
  11. Tocang
  12. Jelujur
  13. Berry
  14. Labuci bersayap
  15. Baby lily
  16. Cendawan
  17. Manik 3 Serangkai
  18. Hybrid
  19. Jelujur
  20. Deretan Labuci
Lepas tu, aku ada belajar buat bunga 3D.. ni takde dlm silibus pelajaran aku pun. Kebetulan sehari sebelum tamat kelas, aku ikot cikgu g jupe hakak dia. Dia tengah jahit baju yg org tempah. Dan dia ada cipta rekaan baru iaitu bunga 3D.. terus dia ajar aku. :) so kiranya aku dpt satu bonus la nih! bunga tu cantik, tp aku still tak siapkan bunga tu lg.

So hari ni, aku nak try siapkan baju raya aku. Hehe.. skang ni balik umah, mmg tak dpt nak ngadap jahitan sampai umah dah malam. Tp takpe lah. Stakat baju raya aku je pun. Kalo tak siap, pakai je lah baju raya yg lain. Bukan takde baju lain kan....
Nanti kalo dah siap, aku tunjuk kat sini ye.. hehe...daaaaaaa...

Tuesday, November 1, 2011

Grad Kelas Jahitan Manik

1.11.11
Cantik bukan angka tu?
Dan lebih menarik lagi, pada tarikh inilah, aku GRAD kelas menjahit manik..
Alhamdulillah...
HOoooreyYYyyyyyYYyyyy!


Ps : Nnt aku update jenis2 jahitan yang aku pelajari tapi tak sempat lagi wat N3 kat sini... hehe

Bunga Daun - My own creativity design

Salam.
Masa sedikit terbatas menyebabkan aku tak dpt nak mengupdate blog ni sekerap mungkin. Byk benda yg dah aku pelajari tapi sampai ari ni aku still tak dapat nak kongsi smua tu kat sini.
Nanti2 lah rasanya aku update itu semua disini.

Tapi ari ni aku nak tunjuk sesuatu. Nampak dua gambar dibawah ni? Korang rasa apa tu?

Ok, meh aku citerkan sket kat sini. Ini sebenarnya tudung aku. Agak jarang aku pakai tudung ni sbb eksesori pada tudung ni kebanyakkannya dah tercabut dan hilang. So mmg akan jelas kelihatan gam2 yang sangat tebal pada tudung ni sbb eksesori tersebut hanya dilekatkan. Mmg tak kuat.
Bila eksesori nya hilang, otomatik, bercinta lah nak pakai tudung ni.. sbb to me, ia nampak kurang menarik. Disebabkan hari ni baju kurung yang aku pakai memerlukan aku pakai tudung warna ni, so aku dok terpk, camna nak elakkan dari mendengar kata 'PEMALAS BETUL DIA NI. TUDUNG DAH TERCABUT2 TU YG DIA NAK PAKAI. AWAK TU SEKSATERI..TP SELEBET'.. hehe..
Seyes, aku tak kisah pun org nak kata apa.. lantak p lah dia kan. Tapi tengah2 gosok tudung tu, tiba2 datang lak idea utk mempraktikkan apa yg aku pelajari sblm ni. Ingat nak jahit sisik ikan ke... jahit manik ke.. labuci ke.. kat tmpt kesan gam tu... Tp tiba2 terpk utk gunakan labuci daun dan manik utk menghasilkan corak bunga cenggini.
Aku memang tak penah belajar utk menghasilkan jahitan labuci daun dan manik ni.. rsnya takde dlm silibus pelajaran aku lagi pun... tapi alhamdulillah, tetiba Allah anugerahkan rasa creative tu kat aku.
Walaupun ia simple dan kurang menarik, but hey.... at least, aku dapat menghasilkan sesuatu kan?
So lepas ni, aku leh gunakan tudung ni tanpa rasa berat ati lagi.. hehehe...

ps: Syukur sgt Allah bukakan pintu ati aku utk belajar menjahit ni.. Ilmu itu sentiasa berguna kan??